Rangkaian Tanpa Sempadan
Rangkaian Tanpa Sempadan

Rangkaian Tanpa Sempadan

Rangkaian Tanpa Sempadan (No Border Network) merujuk kepada satu persatuan yang mengumpulkan organisasi berautonomi, kumpulan dan individu terutamanya di Eropah Barat, Eropah Tengah, Eropah Timur. Mereka berkumpul untuk menyokong kebebasan bergerak dan menentang kawalan migrasi manusia dengan menyelaraskan kem sempadan antarabangsa, demonstrasi, dan kempen anti-pengusiran.Rangkaian Eropah Barat menentang peraturan yang semakin ketat dalam penyelarasan suaka dan dasar imigresen di Eropah, dan bertujuan untuk membina pakatan dalam kalangan buruh migran dan pelarian . Slogan yang biasa digunakan oleh rangkaian ini termasuk; "Tiada Sempadan, Tiada Negara, Hentikan Pengusiran!" (No Border, No Nation, Stop Deportations!) dan "Tiada sesiapa yang menyalahi undang-undang (No one is illegal)." [2]Rangkaian Tanpa Sempadan telah wujud sejak tahun 1999, [3] dan laman webnya pula sejak tahun 2000. Rangkaian Tanpa Sempadan di United Kingdom menyatakan bahawa di UK rangkaian ini mempunyai kumpulan tempatan di 11 bandar. [4]